Saturday 26 March 2011

Ingat Tuhan

Menuduh tanpa usul periksa dan membuat tuduhan melulu hasil dorongan syaitan adalah perbuatan yang amat jijik. kes bertimpa-timpa kepada Anwar Ibrahim (DSAI) membuat saya membuka laman ini untuk menjelaskan sedikit sebanyak peranan iblis dalam memecahhkan masyarakat, memberi musibah, mencerai beraikan anak cucu Adam a.s.

Pertama, saya terasa sangat nak tahu kenapa hanya DSAI yang tersangat dibenci oleh penentangnya. Tentu sekali kerana DSAI adalah bakal calon PM masa depan. Musuh-musuh politiknya keliling pinggang. Ada setengah tu dengar saja nama DSAI dah bayangkan main belakang. Tanpa berfikir apa-apa menuduh itu dan ini. Sedangkan mereka tidak melihat sendiri sekadar membaca atau mendengar dari sebelah pihak sahaja. Rendah sungguh moral sesetengah rakyat Malaysia.

Zaman teknologi yangcanggih sekarang ini amat mudah untuk mengimploitasi satu-satu isu dengan membuat vedio atau apa sekalipun. Itu pun masyarat tidak boleh berfikir. Musuh tetap akan membuat apa sahaja yang difikirkan perlu untuk menjatuhkan musuhnya. Ada yang mengedit ucapan DSAI membuang kata-kata DSAI Malaysia Melayu Punya dan membiarkan kata-kata Malaysia Cina Punya, Malaysia India punya. Apa Najib kata 1 Malaysia, Ok. Sama juga tu. Pelik kadang-kadang memikirkan apa akan terjadi kepada Malaysia 10 tahun lagi.

Masyarakat terus berpecah belah hasil konspirasi media akhir-akhir ini. Mereka terus melaga-laga rakyat supaya membenci satu sama lain. Juga rakyat dibawah juga terkena juga simbahan asid ini. Kerja-kerja menyihir sudah jadi satu amalan hidup seharian. Marah seseorang, hantar sihir. Penerbit filem mengutamakan cerita karut berkaitan dengan hantu. macam-macam hantu keluar. Manusia sudah kembali mundur. Cerita-cerita tahyul ditonjolkan sebagai hidangan kepada anak-anak muda kini.

Kemana hendak ditujukan anak-anak kita ini. Semuanya dibekalkan dengan komputer riba setiap orang. Bila balik cuti hujung minggu dirumah ibu bapa, mnegadap komputer 24 jam. Minta tolong sikit, kata nak siapkan kerja assingnment. Tapi bila kita nak tengok apa yang dibuat, tutup screen laptop. Mak bapa buat tak faham je. Sekarang ni budah umur 4 tahun dah pandai main face book. dah pandai cit-cat. Inilah yang dikatakan pembangunan. anak-anak makin bijak. Sudah ramai yang capai 10A dalam SPM. Alhamdulillah.

Ramai pengendali atau pembekal makanan kesihatan mendabik dada kerana menggunakan kaedah mereka menyababkan anak-anak merena menjadi pandai dan hebat. Mereka tidak langsung mengaitkan dengan kelebihan sang Pencipta yang maha berkuasa. Seolah-olah yang yang terjadi ini diluar kekuasaan Allah SWT.

Sebenarnya saya cuba membawa sesuatu yang berlaku keatas kita ini semuanya pelan Allah SWT. Begitu juga dengan yang terjadi pada DSAI. Saya letakkan kesilapan ini kepada DSAI yang membuat pilihan untuk terjun dalam politik dengan bercampuraduk dalam jamban tahi UMNO. Sifat tidak sabar beliau untuk menjadi pemimpin unggul dan parti pemerintah menyebabkan beliau disingkir terlebih awal dalam satu konspirasi yang sangat menjijikkan.

Mereka yang rapat dengannya lebih tahu tentang kelemahan DSAI lalu menggunakan tipu muslihat memerangkap DSAI dengan satu tuduhan yang mengaibkan diri dan keluarganya. Selepas mahkamah melepaskan beliau dari penjara beliau terus ditekan ditekan dan ditekan sehingga penyek seperti ayam penyek. Kini dipenyekkkan lgi dengan isu vedio lucah dengan perempuan cina. ada wartawan yang kata betul itu DSAI dan ada yang menafikan. Manusia semua ada kepentingan dan mereka boleh dijual beli seperti lembu.

Saya tidak tahu samada betul wartawan Harakah dan Malaysia kini yang berkata memang gambar DSAI yang vedio lucah itu. Adakah mereka kenal DSAI secara dekat atau tengok jauh-jauh macam DSAI lalu dikatakan DSAI. Ini juga boleh dikatogerikan Fitnah. Nak tanya wartawan harakah itu betulke kenal DSAI secara dekat. Gemok ke dia, Buncitkah perut dia. Adakah datuk T yang mengaku ada vedio itu tak ada mirip dengan DSAI? Kita kena neraca sehalus-halusnya sembelum mengeluakan kenyataan itulah DSAI. Allah maha mengetahui. Dan hukuman bagi orang memfitnah dizaman nabi dulu adalah dipancung. Tidak gentarkah kamu dengan fitnah-fitnah yang kamu ucapkan.

Pihak pengurusan Harakah kena panggilal Wartawan itu dan tanya betul-betul apa yang dia lihat atau terpengaruh dengan sogokan apa-apa untuk memberi kenyataan itu dan meletakan pihak pengurusan Harakah yang bersalah. Wartawan semacam ini tidak patut diberi muka kerana akan menjejaskan kredibiliti akhbar milik pas itu.

Sentuh lagi pasal DSAI, Allah akan terus mengujinya. sebagai seroang yang beriman, laksana Nabi Yusuf yang sering difitnah oleh musuh beliau malah saudara beliau sendiri, apalah sangat yang menimpa DSAI ini. Datuk Laksamana Hang Tuuah terus dihukum bunuh oleh raja Melaka sebab difitnah lebih teruk berbanding kes DSAI. Sejarah akan terus berulang dan kejadian-kejadian semasa ini akan terus dipertontonkan pada setiap zaman untuk menjadi iktibar dalam zaman-zaman pemerintahan kitika itu.

Mengakhiri blog ini saya cuma ingin memberi sedikit saranan kepada semua yang membaca blog saya ini supaya kita bersih diri kepada sang pencipta kita iaitu Allah SWT. Kosongkan diri sebelum membuat sesuatu amalan. Mohon taubat atas kesalahan kecil dan besar dengan solat sunat taubat dan solat hajat supaya mudah Allah memakbulkan doa. Buatlah perisai diri supaya tidak mudah difitnah dan didengki oleh musuh kita. Jangan terus mendabit dada bahawa aku penjuang islam yang hebat yang akan masuk shurga. kena ingat setia anak cucu Adam akan melintasi tujuh destinasi sebelum kesyurga bergantung kepada amalan-amalan mereka di dunia ini.  Destinasi ke 6 adalah neraka. Dan mereka yang ta'at dan kelebihan-kelebihan terpilih oleh Allah sahaja yang akan terus ke Syorga. Iaitu destinasi ke 7, Yang lain-lainnya akan mengikut destinasi mengikut amalan mereka.