Thursday, 21 April 2011

MEMBUKA TENAGA DALAMAN DIRI

Sebenarnya masih ramai di luar sana yang menganggap perubatan islam itu sama saja. terapi Al-Quran, Baca doa syifa', ayat-ayat rukyah dan sebagainya. Bagi kami setiap pengamal mempunyai cara dan kaedah sendiri yang diberikan oleh Allah SWT.

Cuma kadang-kadang kaedah berbeza. Perubatan Islam tidak boleh tidak akan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam urusan pengobatannya. Bagaimanapun apa yang anda lihat di tv, atau mengalami sendiri kaedah rawatan yang digunakan lebih menonjolkan kehebatan perawat. Rasa hebat perawat dapat menangani masalah boleh berinteraksi dengan makhluk halus setelah dibaca ayat-ayat rukyah.

Membuang sesuatu seperti kaca, jarum dan sebaginya. Ada juga yang menunjuk hebat dengan menyalakan mentol dibadan.

Seharusnya para perawat itu tidak perlu perlakukan kepada pesakit, sebabnya makhluk halus itu sebenarnya berupaya menglirukan pesakit dan orang ramai. malah lebih suka mengaibkan pesakit sendiri dan mereka yang berada disekeliling mereka.

Walaupun tidak merasa hebat, tidak perlulah ditunjukkan. Takut jadi riak. Tidak ada yang hebatnya makhluk lain selain Allah SWT.

Dengan Terapi Syahadah, ayat-ayat Quran, wirid, zikir, doa-doa hendaklah dijadikan perisai dan senjata perawat sebelum melakukan rawatan. Yang lainnya permohonan doa dengan ikhlas dan yakin kepada Allah SWT. Tidak kepada yang lain. Tidak meminta bantuan makhluk yang lain.

Allah SWT telah memberi roh kepada manusia. kenapa tidak digunakan roh itu untuk menjadi perisai dan senjata kepada kita. kenapa harus mencari makhluk lain seperti jin islam, khadam, jin kapir dan lain-lain sedangkan Allah itulah yang maha penyembuh. Allah memberi musibah dan penyakit kerana Allah sayangkan makhlukNya.

Allah akan menguji kesabaran manusia. Tidak bolehkah bersabar sedikit. Dan mungkin juga kafarah atas perbuatan manusia itu sendiri. Jadi kita kena terimalah ujian itu dengan penuh kesabaran.

Bagaimana tenaga roh boleh melindungi diri kita dari gangguan iblis, syaitan, jin dan nafsu mazmummah. Semasa kecil kanak-kanak senang menerima apa yang dipelajarinya kerana waktu itu ubun-ubunnya masih lembut. Bukan lembut sebenarnya tetapi pintu tenaga diubun-ubunnya masih terbuka luas. Apabila semakin membesar, pintu tenaganya semakin mengecil, bila dewasa semakin kecil. Sebab itu bila dah tua kita semakin susah untuk menerima ilmu melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah SWT sahaja.

Bagi mengatasinya kita perlu membuka pintu tenaga diubun-ubun bagi mengaktifkan tenaga roh yang terbelenggu didalam badan kita. kenapa roh terbelenggu? Sebabnya tenaga-tenaga lain seperti tenaga saka, tenaga jin, tenaga iblis (sihir) telah memasuki tubuh manusia. Tenaga-tenaga ini memasuki tubuh manusia dengan berbagai cara dan terus ke urat nadi dan berjalan dalam badan seperti arus elektrik.

Makhluk ini dapat mengusai manusia sehingga dapat menimbulkan perkelahian, hilang ingatan, hilang daya kemahuan, kesedaran dan berbagai lagi.

Jin dan makhluk halus lain boleh masuk dalam tubuh manusia samada diminta oleh manusia sendiri atau tanpa disedari lalu mendampingi kita melalui cara seperti melalui khadam yang mana manusia sendiri menjadikan jin sahabatnya. Jin-jin ini akan membiak didalam badan manusia sterusnya menjadi saka kepada anak cucunya lalu digelar saka baka. Melalui sihir dimana pengamal sihir menggunakan khidmat jin kapir untuk menghantar sihir kepada manusia lain.

Masuknya jin dalam tubuh manusia kerana manusia lalai dari mengingati  Allah SWT atau melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Bererti ia mendekatkan diri untuk dikuasai oleh jin Afrit. Kadang-kadang kita sendiri melakukan kejahatan kepada jin seperti kencing di atas dia, baling benda berat tanpa menyebut nama Allah, menyebabkan jin atau anak jin cedera atau mati. Jin memang sifatnya berdendam lalu dicari dan dirasuk orang yang membuat aniaya kepada mereka.

Sebab lainnya ada jin jantan yang jatuh cinta pada perempuan yang suka bersolek, tidak menutup aurat yang suka keluar rumah bertujuan memperlihatkan kecantikannya kepada orang ramai.

Jin juga akan masuk dalam tubuh manusia dengan cara amalan jampi serapah serta doa-doa atau ayat-ayat tertentu didalam Quran yang boleh mendatangkan jin.

Apabila masuk kedalam badan manusia, jin tersebut akan mendiami salah satu tempat anggota tubuh kita menjadikannya sebagai rumah. Walaupun ia bergerak bebas dalam badan kita, ia akan balik kerumahnya dalam badan kita yang dipilihnya seperti di mata kanan mata kiri, telinga kanan dan kiri, dalam mulut, dihidung, ari-ari dan kemaluan manusia.

Sebab itu kita lihat orang yang membela atau dimasuki jin, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain., Tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik tetapi lebih suka dengar perkara maksiat atau muzik yang melalaikan. Suka bercakap benda yang tidak berfaedah yang medatangkan dosa seperti fitnah, mengumpat, melaga-lagakan orang dan sebaginya. Suka menghidu benda yang tidak elok seperti gam, tahi lembu dan lain-lain. Kalau diari-ari menyebabkan selalu kena sengugut, sakit dalam perut dan penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor medical. Jika yang duduk dikemalauan manusia lelaki perempuan menyebabkan manusia suka melakukan perbuatan maksiat seperti zina dan sebagainya.


Disamping jin yang mempunyai kerajaan mereka sendiri, Iblis juga mempunyai kerajaan dan negara yang luas terbahagi kepada 4 negara yang besar seperti Thubar yang merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala. Manakala kerajaan Daasim merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

Kerajaan anak iblis yang merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat berjudi dan sebagainya ialah Al-'Awar. Sementara Zalanbur pula merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Sebagai orang islam, adalah di tegah daripada bersekudukan dan bersahabat dengan para jin samada islam atau kapir kerana banyak keburukan dari kebaikan yang kita perolihi. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

BUKA TENAGA DALAMAN DIRI (ROHANIAH)

Apakah itu tenaga dalaman diri (rohaniah)? Sebenarnya tenaga ini belum lagi banyak di ketahui oleh manusia. Pengkaji tenaga Rohaniah atau ahli psikologi barat memang giat mengkaji, meyelidik dan membuat percubaan tentang tenaga ini. Ianya amat luas.

Bagi mereka yang pandai mengawal tenaga rohaniah, banyak perkara yang pelik boleh dilakukanya. Orang biasa akan tercengang dan hairan. Mereka yang tidak tahu mengatakan mereka yang menggunakan tenaga dalaman (rohaniah) ini menggunakan jin atau syaitan. Jika mereka tahu dan mempelajari ilmu ini mereka akan merasa kekuatan tenaga rohaniah itu dalam diri mereka.

Kita harus mengelak dari menggunakan tenaga jin ataau syaitan atau iblis kerana tenaga dalaman (rohaniah) kita lebih handal dari tenaga syaitan dan jin itu.

Tahukah kita bahawa manusia itu paling tinggi darjatnya di sisi Allah SWT?
Tahukah kita bahawa semua yang ada di langit dan di bumi ini untuk kita?
Tahukah kita bahawa pada diri manusia itu ada tenaga terpendam yang maha gagah?

Kalau nak tahu, ayuh kita gerakkan tenaga ini, kawal dan gunakan dengan sebaik-baiknya dalam keredaan Allah SWT. Di dalam mempelajari ilmu tenaga dalaman (rohaniah ) ini, anda akan diperkenalkan tentang cara untuk menggerak, membangun, membesar dan memperkuatkan tenaga rohaniah anda.

Teknik ini telah banyak di cuba dan di dapati memberi hasil oleh meraka yang pakar dalam bidang ini. Banyak manfaat yang diperolhi dari hasil kajian dan selidikan dimana tenaga ini lebih hebat dan lebih handal dari tenaga jasmani, tenaga jin, syaitan dan iblis.

TENAGA DALAM DIRI (ROHANIAH) DALAM MERAWAT PENYAKIT / GANGGUAN


Hasil kajian pakar perubatan barat, punca penyakit yang dialami oleh manusia disebabkan lima perkara iaitu:
1. Tekanan Perasaan                50%
2. Alam sekitar                         10%
3. Pemakanan                           25%
4. Keturunan (Genetik)              5%
5.Keracunan (Ubat-ubatan)       10%

Daripada kajian di atas, tekanan perasaan melampau boleh mengganggu sistem tubuh manusia di mana terdapat tidak kurang 10 sistem tubuh. Dengan pemakanan yang tidak seimbang atau keracunan dalam makanan dan minuman boleh menyebabkan tubuh menjadi bertoksin yang boleh merosakkan sistem tubuh badan manusia.

Apabila sistem tubuh lemah, mudahlah diserang penyakit dan gangguan luaran. Jika tidak dirawat dengan segera mungkin boleh menyebabkan kematian. Sistem organ atau fisiologi dalam tubuh manusia akan terganggu menyebabkan gangguan emosi berpanjangan dan keresahan menyebabkan beban toksin kepada sistem limfatik dan sistem saraf.

Tenaga hanya boleh bekerja pada tahap harmoni dengan tarikan elektromagnet di dalam darah. Walaupun penyakit boleh di anggap takdir tetapi manusia sendiri yang mencipta penyakit kerana membiarkan jiwanya dilanda keresahan dan bebanan emosi yang berterusan. Alasannya ialah keresahan adalah tabiat dan kelakuan yang dikawal oleh otak lalu semangat jiwa mengganggu perasaan. Perasaan (emosi) pula menganggu mental dan fikiran lalu fikriran ini yang akan membawa kepada keresahan.

KAEDAH PERUBATAN TENAGA ROHANIAH (TERAPI SYAHADAH)
Perubatan Menyeluruh Menggunakan Tenaga Rohaniah Dan Tenaga Alam Bagi Penjagaan Kesihatan Manusia (PUTRA) atau General Medical Spiritual Universal Energy Healthcare (GMsue).

Kaedah perubatan ini menggunakan Tenaga Rohaniah Perawat & Pesakit bagi membersihkan Tenaga Buruk (Penyakit) dari tubuh pesakit. Tenaga ini juga dapat digunakan untuk memusnahkan kuman kanser, kuman, baktiria, virus yang jahat serta tenaga syaitan yang terdapat dalam tubuh manusia. Tenaga Rohaniah juga memperseimbangkan kembalia sistem tubuh dan mampu melawan penyakit dan membuang racun dari tubuh.

Setelah proses pemusnahan dilakukan, tenaga rohaniah membuat rawatan dari dalam diri dengan menyalirkan tenaga penyembuhan, tenaga penawar dan tenaga pemulihan. Biasanya ketiga tenaga ini bergerak serentak dan menghasilkan kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan.

Kaedah rawatan ini perlu di ulang beberpa kali bagi penyakit kronik dan hanya satu atau dua kali jika penyakit biasa bergantung kepada kekuatan tubuh pesakit. Bagi kesinabungan rawatan, tenaga alam juga seperti yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan, air, bunga, garam, kristal, persekitaran dan lain-lain sumber semulajadi Anugerah Dari Allah SWT untuk kebaikan manusia.

Dari tenaga alam ini bolehlah diambil salah satu daripadanya untuk dijadikan ubat (penawar) kepada kesakitan yang dialami oleh pesakit itu. Biasanya apabila kedua-dua kaedah ini digabungkan, pesakit akan menjadi lebih segar dan akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Bagaimanapun peserta hendaklah mengaktifkan tenaga rohaniah terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja rawatan ke atas pesakit. Tenaga Dalaman Diri (Rohaniah) ini hanya boleh diaktifkan (dibuka) oleh Pakar (Grandmaster) yang mempunyai kemahiran.

Dengan kerap melakukan latihan gerak Tenaga Rohaniah, secara tidak langsung ahli ini telah mengaktifkan tenaga ghaib, tenaga rohaniah dan tenaga nyawa secara setentak. Ini akan menjadikan ahli / peserta mempunyai jasmani dan rohani yang sihat, awit muda dan otak dibawah sedar akan turut aktif maka banyaklah sel-sel pengetahuan yang tersimpan dalam otak peserta akan terbuka dan memperolihi berbagai ilmu pengetahuan yang luar biasa, Insya-Allah.

Latihan Gerak Tenaga Dalaman Diri (Rohaniah)

Sebelum melakukan latihan gerak rohaniah anda hendaklah melakukan adab latihan gerak dan pernafasan tenaga dalamam. Mengendurkan seluruh persendian, otot-otot dan perasaan hingga tenang dan rileks. Atur pernafasan dengan betul.

Amalkan sikap serah diri zahir & batin kepada Allah SWT. Yakin akan kebesaran Allah SWT dan perlindungan-Nya. Buang sifat ragu-ragu terhadap Allah SWT. Datangkan perasaan ikhlas dan redha pada segala perbuatan-Nya. Ikut dan biarkan diri anda bergerak sendiri. Jangan membantah dan jangan berfikir kepada yang lain lain. Yang penting hendaklah konsentrasi pada niat anda kepada Allah SWT.

SELAMAT BERJAYA DALAM LATIHAN ANDA. TAHNIAH KERANA MENCUBA.

No comments:

Post a Comment